SELAMAT MENYAMBUT BULAN BARAKAH,RAMADHAN AL-MUBARAK
* Selawat ke atas Rasulullah adalah sebagai tanda mencintai baginda.Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan Rasulullah,dan tidak akan memperolehi syafaat baginda*.
p/s: banyakkan selawat di bulan yang mulia ini.
* Berdoalah apa saja kepada Allah, dan mintalah apa saja kepada Allah.Kerana doa doa itu adalah senjata dan kekuatan orang mukmin.Selain itu, doa adalah hadiah istimewa daripada Allah kepada umat Muhammad.
p/s: banyakkanlah berdoa dibulan yang penuh berkat ini.
* Kekenyangan itu menumpulkan fikiran , sedangkan puasa itu menajamkan fikiran dan membuatkan tubuh kuat beribadah.
p/s: berbukalah seadanya dan janganlah melebih-lebih sehingga membawa kepada pembaziran.
* Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi mempunyai timbangan yang berat, sehinggakan ianya menjadi salah satu sifat Rasulullah s.a.w.
p/s:banyakkan bersedekah dibulan yang mulia ini, walaupun dengan senyuman yang ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan