"SELAMAT DATANG KE HALAMAN selamanya kasih"

*_* TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DAN MELAWAT KE BLOG SAYA (selamanya kasih ) WALAU CUMA SEBENTAR *_*

Jumaat, 30 Disember 2011

MUSLIMIN DAN MUSLIMAH.


INILAH GAMBAR LUKISAN ISLAMIK YG AKU RASA PALING BEST !!...

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI.















SERONOK JUGA SESEKALI BERMANDI-MANDA DI PANTAI TANJUNG BALAU.

Ahad, 25 Disember 2011

KISAH DAN TAULADAN.

ALKISAH seorang lelaki tua yang sedang mengalami
masalah pada penglihatanya telah mendatangi
seorang DOKTOR MATA
Setelah diperiksa doktor, orang tua itu disarankan
harus menggunakan KACA MATA dengan harga
yang agak mahal.

Tapi tanpa diduga si DOKTOR telah memberikan
KACA MATA nya dengan percuma,
Bukan main gembiranya lelaki itu, tanpa disedari
dia berteriak kesukaan,
Pulang ke rumahnya dia bercerita pada jiran2nya
tentang KACA MATA Pemberian DOKTOR itu,
Bahkan setiap orang yang dijumpainya akan diceritakan
tentang KEBAIKAN DOKTOR yang tersebut.

TETAPI..... LELAKI TUA TADI TELAH LUPA KEPADA
ALLAH SWT YG TELAH MEMBERINYA SEPASANG
MATA DENGAN PERCUMA SEJAK KECIL SAMPAI
TUA .TANPA MATA YANG ALLAH SWT BERIKAN
PADANYA UNTUK APA KACAMATA ITU....????

Allahhuakhbar...

*.Hari ini manusia lebih suka
menyebut KEBAIKAN Mahluk dan Lupa akan
ALLAH SWT Yang Maha Segala2nya.*

Ahad, 18 Disember 2011

AIS-CREAM SEDAP!

BAHAN-BAHAN
1) CEMPEDAK MASAK
2) 1/2 BIJI LIMAU KASTURI
3) SETENGAH CAWAN SUSU SEGAR
4) SETENGAH CAWAN GULA-IKUT CITARASA.KALAU NAK MANIS ,LETAK LEBIH   GULA
5) KRIM

CARA PENYEDIAAN
1) CEMPEDAK  TADI HENDAKLAH DI BLENDER.TETAPI JANGAN TERLALU HANCUR.
2) KACAU SEMUA BAHAN NO1 - NO4 .KACAU HINGGA SEBATI.SIMPAN DI DLAM PETI SEJUK
3) PUKUL KRIM DENGAN MENGGUNAKAN WHICK SAMPAI LARUTAN DIA MENJADI KERAS.DAN KALAU KITA TERBALIKKAN MANGKUK PUN DIA TAK KAN JATUH.
4) MASUKKAN KRIM TADI KEDALAM CEMPEDAK.(JANGAN DIPUKUL LAGI) CUMA KACAU PERLAHAN SAMPAI RATA
5) MASUKKAN KE DALAM PETI AIS PEMBEKU.
6) TUNGGU DALAM 2 JAM.AGAK- AGAK DAH KERAS.
7) SEDIA UNTUK DI JAMU SELERA

BOLEH JUGA GUNA DURIAN, NANGKA, PISANG- IKUT CITARASA.

*RESEPI DARI ,5 RENCAH,5 RASA

Sabtu, 3 Disember 2011

BABY RABBIT ...

ASSALAMUALAIKUM...
-DAH LAMA X UPDATE BLOG NI...
-HARI NI RASANYA TERINGIN LAK NAK UPDATE..
-SEBENARNYA X DE LA SGT NAK DIKONGSIKAN KAT BLOG AKU NI...
-MEMANG X DE CITER MENARIK PON..
-TAPI,... ITU LER,..RASA NAK CUBA LAK UPLOAD GAMBAR RABBIT 'BELAAN' AKU NI...
-HARITU DAH UPLOAD GAMBAR RABBIT,..
-TAPI HARI INI NAK UPLOAD LAGI LAH....
-SELAMAT MENONTON!!...  =)










Selasa, 6 September 2011

ENCANTADIA OH! ENCANTADIA

aku sebenarnya minat gak ngan citer philipines ni,..heroinnya cantik2..heronya lak kacak2..ada satu citer fantasi  philipina yg aku tgk kat astro prima ni mmg best giler.pelakunnya mmg cantik abiss.heronya pulak mmg kacak giler..citer ENCANTADIA ler ,ape lagi! mula2 tayang dulu citer ni start kol 4 ptg,pastu tukar pulak kol 11 mlm.takpela..mlm pon aku boleh tunggu lagi..tp, yg buat aku sedih lps raya aku tgu citer tu..tup..tup..dah tak ditayangkan lagi...oiii Astro! ape kes???.akal ada ke ???.geram pulak aku.Tgh best2 lyn citer tu tiba2 Astro stopkan pulak...aku nak tau kesudahannya....

PLEASE LA ASTRO!!!....AKU NAK TGK CITER ENCANTADIA!!!...TAYANGKAN LA SEMULA!!!AKU RINDU LA NGAN MUKA AMIHAN, PIRENA, DANAYA, ALENA, YBARO,..

antara pelakun2 encantadia ,aku paling suka ngan Amihan@ iza calzado..so sweet!!!!...

Khamis, 4 Ogos 2011

IKUT SUKA AKU (VOL 4)

RENTAK LANGKAH KAKI YANG DIATUR
MENYEPAK-NYEPAK DEBU YANG YANG DICECAH
SEOLAH MENERJAH PADA WAJAH YANG PARAH
TERTAMPAR PADA HATI YANG TERLUKA
MENCIPTA PADA RUANG YANG DIREKA
PEKA PADA SESUATU YANG PASTINYA ALPA
MENCARI KABUR PADA RUANG YANG TERANG
MENCARI KALUT PADA ZAMAN YANG KELAM
MENCARUT DALAM GELAK YANG HINA
BILA TIBA DETIKNYA PASTIKAN TERIMA
TAK USAH MENGELUH PADA TIAP TITIS PELUH
TAK PERLU MENJERIT PADA TIAP KEPERITAN
INGAT!! AKAN TIBA MASANYA
SATU PERKARA TERBIT DIHATI
TERTANAM DIJIWA
PASTINYA SATU KALIMAH
LAHIRNYA PADA SETIAP SATU NYAWA!



# aku yang tak pandai bermadah,...

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN

 SELAMAT MENYAMBUT BULAN BARAKAH,RAMADHAN AL-MUBARAK

* Selawat ke atas Rasulullah adalah sebagai tanda mencintai baginda.Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan Rasulullah,dan tidak akan memperolehi syafaat baginda*.
p/s: banyakkan selawat di bulan yang mulia ini.


* Berdoalah apa saja kepada Allah, dan mintalah apa saja kepada Allah.Kerana doa doa itu adalah senjata dan kekuatan orang mukmin.Selain itu, doa adalah hadiah istimewa daripada Allah kepada umat Muhammad.
p/s: banyakkanlah berdoa dibulan yang penuh berkat ini.


* Kekenyangan itu menumpulkan fikiran , sedangkan puasa itu menajamkan fikiran dan membuatkan tubuh kuat beribadah.
p/s: berbukalah seadanya dan janganlah melebih-lebih sehingga membawa kepada pembaziran.


* Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi mempunyai timbangan yang berat, sehinggakan ianya menjadi salah satu sifat Rasulullah s.a.w.
p/s:banyakkan bersedekah dibulan yang mulia ini, walaupun dengan senyuman yang ikhlas.

Isnin, 18 Julai 2011

POLIS WANITA IRAN

Kagum sungguh  bila melihat kesemua mereka menutup aurat sepenuhnya. Dah tu pakai jubah pula tu!

Biarpun begitu, ini tidak menghalang mereka untuk menjalankan tugas menjaga keamanan. Malah ada antara aksi mereka ala-ala pasukan komando! Hebat sungguh!






  
Lagi gambar-gambar menarik:























# Tapi sayangnya ,kebanyakan rakyat Iran ni ,berfahaman syi'ah. Macam mana tuu?..aku nak korang fikirla......aku tetap ahli sunahwaljamaah...

UMRAH MURAH 2012

AL-ZAHABI TRAVEL








MERANCANG UMRAH UNTUK TAHUN 2012??

JANGAN LEPASKAN PELUANG....BERITA BAIK UNTUK ANDA....
"SEAT CONFIRMED"

* KAMI ADA MENYEDIAKAN UPAH HAJI SEBANYAK RM 1500.00 *

JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI KAMI : 
1) IMAM MOHD SHUKRI BIN BACHOK - 0127601408
2) PN. SHARINI BT SELAMAT - 0127601238

 # CEPAT-CEPAT....TEMPAT TERHAD!!!!

Ahad, 17 Julai 2011

PEREMPUAN CANTIK VS PEREMPUAN TAK CANTIK

-Kalau perempuan cantik pendiam 
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
-Kalau perempuan tak cantik pendiam 
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer... 
-Kalau perempuan cantik berbuat jahat 
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
-Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat 
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai pun tak lawa!!  
-Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan 
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
-Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan 
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu... 
-Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome 
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
-Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome 
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu..
-Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih 
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
-Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih 
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...  
-Kalau perempuan cantik bawa BMW 
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni.
-Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana la yg bela ni....
-Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki  
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
-Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki 
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...  
-Kalau perempuan cantik bersedih hati 
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
-Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la tu...  
-Kalau perempuan cantik pandai masak 
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
-Kalau perempuan tak cantik pandai masak 
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
-Kalau perempuan cantik main2 miscall
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
-Kalau perempuan tak cantik main2 miscall
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!  
-Kalau perempuan cantik hantar email hari-hari 
Lelaki akan kata: sukenyer...!!bestnya...!!!
-Kalau perempuan tak cantik hantar email hari-hari 
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!  

"sekadar perkongsian & hiburan semata-mata....bkn semua lelaki atau perempuan yg begini...tiada kesempurnaan dlm diri manusia melainkan  ALLAH ''

LUKISAN 3D VOL 2

hasil seni yang unik dan menarik untuk tatapan korang. Untuk post kali ini, lukisan jalanan yang nampak macam real dengan hanya menggunakan kapur. Ini semua adalah hasil seni Julian Beever, seorang artis dari England.
lukisan 3d jalanan 1
smart woo dia lukis laptop ni.. keyboard detail giler..
lukisan 3d jalanan 2
hoho orang sure ketepi ni tak nak masuk lobang..
lukisan 3d jalanan 3
melukis diri sendiri hohoho smart woo
lukisan 3d jalanan 4
ok.. coke ni memang menggiurkan.. haha
lukisan 3d jalanan 5
pergh.. yang ini memang sangat detail dan mengagumkan aku
lukisan 3d jalanan 6
pergh siap boleh lukis menara nampak macam real tu..
lukisan 3d jalanan 7
pergh.. (tak mampu nak cakap pape)
lukisan 3d jalanan 7
yang kat tengah tu memang orang betul ye.. bukan lukisan.. hohoho
lukisan 3d jalanan 8
kemaskan balik lukisan tadi.. kalau tak nnt DBKL marah.. haha
lukisan 3d jalanan 10
semangat waja je muka mamat tu.. memang smart giler..
Macam mana? mengagumkan bukan? 

Sabtu, 16 Julai 2011

LELAKI HANDSOME VS LELAKI TAK HANDSOME

Kalau lelaki handsome pendiam

Perempuan akan cakap : woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam

Perempuan akan cakap : eh!, perasan bagus…



kalau lelaki handsome berbuat jahat

Perempuan akan kata : nobody’s perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat

perempuan akan cakap : memang…. muka pun macam pecah rumah!



kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu

perempuan akan cakap : wah ! machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu

Perempuan akan kata : entah2 kawan dia…



kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata : sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata : mesti kena bomoh perempuan tuh!



kalau lelaki handsome ditinggal kekasih

perempuan akan kata : jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih

perempuan akan kata : 

patut ler kena tinggal,paham2 sendiri ler..

kalau lelaki handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap : perasaannya halus…penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap : sesama keluarga memang harus menyayangi…



kalau lelaki handsome bawa BMW

perempuan akan cakap : matching… hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW

perempuan akan cakap : bang, bosnya mana?…



kalau lelaki handsome tak mau bergambar

perempuan akan cakap : pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar

perempuan akan kata : tak sanggup melihat hasilnya ya?…



kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap :ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap : nak mengurat la tu!,.naluri pembantu, memang begitu….



kalau lelaki handsome bersedih hati

perempuan akan cakap : let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati

perempuan akan kata : kuat nangis!! lelaki ke pondan !!

Jumaat, 8 Julai 2011

RESEPI AIS-KRIM GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan;
1) roti sandwich - tak kisah la brand apa, janji halal
2) ais-krim - tak kisahla perasa apa.ikut suka. yg penting halal
3) botol penyembur berisi air
4) cutter
5) penggelek
6) minyak utk menggoreng


Cara nak buat;
1) mula-mula ambil 2 keping roti
2) gelekkan roti tu sampai leper.jgn leper sangat.agak2 jer
3) semburkan sedikit air ke atas permukaan roti tadi.jgn byk sgt sembur.jangan sampai basah sangat.Agak-agak la
4) ambil 1 scoop ais-krim.letakkan di atas roti tadi.ltk kat tengah-tengah.
5) ambil cutter dan tekan kuat sikit sampai dia terpotong.
6) setelah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk pembeku selama 4 jam.
7) goreng dengan minyak yg paling panas.api tu agak2 la.sederhana jer
8) bila dah nampak kekuningan boleh la angkat..


*SELAMAT MENCUBA*

AIS-CREAM GORENG

KORANG PERNAH MAKAN TAK AIS-KRIM GORENG ? KORANG SUKA TAK MENIKMATI KESEDAPANNYA?....HAHAHA....SEMALAM AKU TRY LA BUAT AIS-KRIM GORENG NI.MEMANDANGKAN ANAK AKU SUKA SANGAT BELI AIS-KRIM GORENG, SO AKU TRY LA NAK  BUAT SENDIRI..PUAS SIKIT MAKAN .... NAH! INI LA HASILNYA....AIS-KRIM GORENG 100%  AIR TANGAN SENDIRI...HEHEHE....