"SELAMAT DATANG KE HALAMAN selamanya kasih"

*_* TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DAN MELAWAT KE BLOG SAYA (selamanya kasih ) WALAU CUMA SEBENTAR *_*

Sabtu, 25 Jun 2011

DURI DALAM DURIAN






gambo ni aku amik masa aku pergi rumah pak busu aku kat maokil..kira dia punya pokok durian la niee...Sekali bukak...........ni la yg ada kat dlm durian tu..mungkin pelik bagi aku,..tp pelik x bg korang?

Selasa, 21 Jun 2011

WAJAH-WAJAH PEJUANG ISLAM YANG MATI SYAHID - (senyum menanti ajal...) Allah maha besar!..

Seorang budak lelaki yang sebelah kakinya telah kehilangan akibat diserang oleh tentera Israil telah memberi tindak balas apabila ditanya bagaimana perasaan anda sekarang? Dengan tegas dia menjawab: " Saya bersyukur kerana sebelah kaki saya telah berada di Syurga, saya hanya menunggu tubuh badan saya pula untuk korbankan dalam menentang tentera Israil untuk berada di Syurga Allah". Kita ....???
* SESUNGGUHNYA ALLAH YG LEBIH TAHU! *

Khamis, 16 Jun 2011

IKUT SUKA AKU ( VOL 3 )

Pada setiap wajah
Dinilai satu persatu
Kelopak kasih sayang
Mekarnya sebelum mengundang
Kuntum-kuntum bersinar
Mengharum pada ruangan dimensi
Satu maya menyentuh halus
Bait-bait ilusi
Berseri dikelopak hati
Redup bertamu
Dikelopak kasih sayang
Pada sepasang mata yang bersinar
Sujud menyembah
Dengan jiwa yang bacol !




*HENTAM SAJALAH BY : selamanyakasih.....

Selasa, 14 Jun 2011

LOVE U ALL

     Aku call mak tadi.Dia kata dia kurang sihat.Risau pulak aku dgr..Kelmarin ayah yg demam.Hari ni , mak pulak demam.Aku rasa mcm nak blk kampung skrg jugak.Tapi..............ermmm.....situasi tak menizinkan.Cuaca skrg mmg tak menentu. 4 hari yg lps, mak beritau ,kat semencu angin ribut.sampai pokok ubi blkg umah  tercabut.Pokok2 semua melentuk-lentuk kena tiup angin yg kuat.
     Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik zahir & batin kpd ku , anakku , emakku  ayahku dan suamiku , emak & bapak mertuaku , adikku si Nani , dan adik iparku si Jannah...
Aku paling risau kalau dengar@tengok mereka ni ditimpa masalah.lebih2 lagi klau melibatkan kesihatan.
Kalaulah aku doktor..............................(masa ni la baru nak menyesal sbb tak study betul2)
     Tapi , itu semua kdg2 adalah ujian.Apa erti sebuah kehidupan jika tanpa masalah.. Sesungguhnya sakit itu adalah sebahagian drpd penghapusan dosa2 kecil.
     Makkk,....dlm setiap doa , Ninie tak pernah lupa utk mendoakan kesejahteraan mak& ayah...
Mudah-mudahan anak aku juga tak lupa utk mendoakan kesejahteraan aku...
                             Moga mak cpt sembuh.....


P/S :  AKU SAYANG SEMUA......AKU BANGGA & GEMBIRA SEBAB DAPAT KELUARGA YANG BAIK.

Ahad, 12 Jun 2011

TERBALIK TETAP SAMA

Aku mulai dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.........


Assalamualaikum...
Kadang-kadang dalam hidup ni , kita sering kali lupa atau kita x ambil tahu ( kadang-kadang ada juga benda yang tak perlu nak diambil tahu sangat kann ). tp ada satu benda ni aku nak bagi tahu.(saje-saje nak bagitau).bukannya best sangat pon...hehehehehehe
Tapi apakah itu ??...............


jeng..jeng..jenggg
......................................................................................................
........................................................................................................
ini tentang perkataan-perkataan yang kadang-kadang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.....
-korang perasan tak ada sesetengah perkataan yang kalau kita terbalikkan ejaannya akan jadi sama -
itulah uniknya (pada pandangan aku ler,tak tau la pd korang)
Antaranya :
ARA                    ADA                    AHA                    AJA                    ALA                    ANA          APA                    ASA                    WOW                   KEK                  BAB                     INI
SOS                    SIS                       BEB                      BOB                TAAT                   RADAR
KATAK           TAMAT                KARAK               KAHAK             KAPAK             KAKAK    
MACAM         MALAM              MAKAM             MASAM             KANAK-KANAK


itu jer la senarai yang dapat aku tunjukkan........

Jumaat, 10 Jun 2011

IKUT SUKA AKU (VOL 2)

Aku jauh memikirkan
Untuk kehidupan hari esok
Adakah indah ?
Seperti yang dijangka..
Adakah kelam ?
Seperti yang tak di duga...

Adakah ?...
Keindahan pasti hadir
Pada setiap angan-angan
Yang diciptakan oleh pemikiran manusia ?..

Dan perlu diingat..
Dalam realiti kehidupan ini
Tidak wujudnya keindahan semata-mata
pasti cabaran menunggu ..

Pada warna-warni kehidupan yang realiti
Tidak semuanya terang dan menawan
Pancarannya pasti ada suka dan duka
Pastinya harus ditempuhi.

Dan di situlah!...............
Letaknya cabaran pada setiap langkah !!.......

SESEDAP RASA : selamanyakasih...

Rabu, 8 Jun 2011

CoMeL !!!!!!..........

 
MACAM-MACAM GAYA TIDO ANAK KUCING NI..NAMPAK MCM MANJA JER..ITU LA SEBABNYA KENAPA AKU MEMANG SAYANG BETOL NGAN HAIWAN YG BERNAMA ''KUCING'' NI...

LUKISAN 3D VOL 1

Aku memang suka melukis..tapi ni bukan lukisan aku  hehehehe,..aku sebenarnya suka tgk lukisan2 yg camni.aku memang teringin nak belajar buat lukisan camni. macam real jer kan ?..aku tabik springgggggg la kat orang yang pandai melukis camni !!.........
Keren kan?

IKUT SUKA AKU (VOL 1)

Ku berjalan.....
Ku berlari.....
Mengikut langkah tak tersusun
Ku mencari.....
Ku tercari.....
Di mana.....
Ke mana.....
Letaknya arah jalanku
Ku renungi.....
Di mana bayangan masa semalam
Dalam gengaman yang terlepas
Dalam pelukan tak terbalas
Dalam tangisan tak terlihat
Dalam jeritan tak bersuara
Bagaikan angin terhempas sengketa
Diri bermandi debu
Dimana kah air membilas wajah ?
Semangat yang ditarik , dicarik
Tak termampu membela
Biarkan waktu mencela
Membuai sisa perca yang hina
Terlanjur yang direka
Tapak kehidupan yang belum pasti
Membawa sendiri pada yang hakiki......

SESEDAP RASA : selamanyakasih...

Selasa, 7 Jun 2011

KONGSI RESEPI ~ LOKAN GORENG BERSAMA PETAI

LOKAN GORENG BERSAMA PETAI

RAMUAN,
1- LOKAN ~ BUANG KULIT ~ KALAU LOKAN TU BESAR BOLEH BELAH 2
2- LADA BESAR (MERAH DAN HIJAU) ~ DIHIRIS
3- BAWANG MERAH ~ DIHIRIS
4- BAWANG PUTIH ~ DIHIRIS
5- HALIA ~ DIHIRIS
6- BUNGA KANTAN ~ DIHIRIS
7- ASAM KEPING / AIR ASAM
8- GARAM
9- BAHAN PERASA
10- MINYAK MASAK UTK MENUMIS
11- PETAI
12- AIR


CARA-CARANYA,
1- PANASKAN MINYAK
2- MASUKKAN BAWANG PUTIH.TUMIS HINGGA NAIK BAU
3- KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG MERAH
4-MASUKKAN HALIA
5- MASUKKAN LADA BESAR YANG TELAH DIHIRIS TADI
6- KACAU SEBATI.KEMUDIAN MASUKKAN LOKAN YANG TELAH DIBASUH BERSIH TADI
7- TAMBAHKAN SEDIKIT AIR ( JANGAN TERLALU KERING).KALAU SUKA KUAH   BANYAK,TAMBAH BANYAK AIR.IKUT CITARASA MASING-MASING
8- LETAK PETAI DAN KACAU SEBATI
9- TAMBAHKAN SEDIKIT GARAM DAN BAHAN PERASA
10- MASUKKAN BUNGA KANTAN
11- LETAK AIR ASAM / ASAM KEPING
12-APABILA DAH EMPUK LOKAN TADI / DAH MASAK BOLEH LA DI ANGKAT DAN SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.


* RESEPI NI SIMPLE JER , TRY LER, SELAMAT MENCUBA *
* BOLEH UBAH IKUT CITARASA MASING-MASING...*

Isnin, 6 Jun 2011

SAHABAT RASULULLAH YANG DIJAMIN MASUK SYURGA

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

BERTEMU RASULULLAH

Assalamualaikum.....

Jika ada yang bertanya kepada aku ,"Apakah yang akan kamu lakukan jika Rasulullah tiba-tiba berada dihadapan kamu?"......nescaya aku akan menjawab "aku pasti akan melupakan dunia ini dan aku akan merayu-rayu kepada  Allah agar mengizinkan aku dan keluargaku untuk bersama-sama dengan Rasulullah".

    Tapi apakan daya , Rasulullah S.A.W terlalu jauh dengan kita , hanya dengan mencintainya dan mengikut sunahnya ,aku dah rasa Rasulullah sangat dekat di hati.....

LAGU KESUKAAN KU

Ahad, 5 Jun 2011

MARI KAWAN-KAWAN, MARI KITA SOLAT

Masa ni umur AINUL 3 thn. Emak dia solat,si ainul ni pon sibuk nak ikut solat...bila budak umur 3 thn solat ni la jadinya..........................................hehehehe........................... macam-macam ragam.
* DAH BALIGH NANTI JANGAN TINGGAL SOLAT YE SAYANG! *

KISAH DAN PENGAJARAN

KISAH DIALOG RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

     Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan kepada iblis supaya mengadap Rasulullah S.A.W dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh rasulullah S.A.W kepadanya.
      Maka pergilah iblis menyerupai orang tua yang cantik, bersih serta memegang tongkat bertemu dengan Rasulullah S.A.W.Apabila berada dihadapan Rasulullah S.A.W , lalu baginda Rasulullah S.A.W bertanya, ''siapakah kamu ini ? ''
      Berkata iblis, ''Aku adalah iblis "
     Tanya Rasulullah S.A.W , "sebab apa kamu ke mari ? "
     Iblis menjawab , "aku ke mari adalah atas perintah Allah yang menyuruh aku menjawab setiap pertanyaanmu kepadaku".
     Lalu Rasulullah S.A.W bertanya , "Wahai iblis,berapa banyakkah musuhmu dari umatku ?"
     Berkata iblis , "musuhku dari umatmu  ada 15 , antaranya :
1) ENGKAU SENDIRI ADALAH MUSUHKU
2) IMAM / PEMIMPIN YANG ADIL
3) ORANG KAYA YANG MERENDAHKAN  DIRI
4) PENIAGA YANG JUJUR
5) ORANG ALIM YANG MENGERJAKAN SOLAT DENGAN KHUSYUK
6) ORANG MUKMIN YANG MEMBERI NASIHAT
7) ORANG MUKMIN YANG SENTIASA BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN
8) ORANG YANG SEGERA BERTAUBAT
9) ORANG YANG MENJAUHKAN DIRI DARI APA-APA YANG TELAH DIHARAMKAN
10) ORANG MUKMIN YANG SELALU DALAM KEADAAN SUCI
11) ORANG MUKMIN YANG SANGAT SUKA BERSEDEKAH
12) ORANG MUKMIN YANG BAIK BUDI PEKERTINYA
13) ORANG MUKMIN YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
14) ORANG MUKMIN YANG SENTIASA MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN
15) ORANG MUKMIN YANG MENGERJAKAN SOLAT DI WAKTU MALAM KETIKA ORANG         LAIN SEDANG NYENYAK TIDUR
     Rasulullah S.A.W bertanya lagi , "Wahai iblis, berapa banyakkah temanmu dari umatku?"
     Berkata iblis, "Umatmu yang menjadi temanku ada 10, antaranya :
1) HAKIM YANG TIDAK BERLAKU ADIL
2) ORANG KAYA YANG SOMBONG
3) PENIAGA YANG TIDAK JUJUR (KHIANAT)
4) PEMINUM ARAK
5) ORANG YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN
6) ORANG YANG MENGUMPULKAN  HARTA MELALUI RIBA' 
7) ORANG YANG MAKAN HARTA ANAK YATIM
8) ORANG YANG SELALU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT DAN SERING MENINGGALKAN SOLAT
9) ORANG YANG TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT
10) ORANG YANG SUKA BERANGAN-ANGAN TINGGI
     "Kesemua mereka ini adalah temanku yang paling rapat dan mereka ini menjadi teman setiaku "
     Oleh itu saudaraku sekelian , berhati-hati dengan 10 perkara yang diterangkan, kerana kemungkinan besar kalau kita silap langkah kita juga akan menjadi teman iblis laknat ini.
     Allah memberi kita kekuatan melalui solat wajib , solat sunat dan doa.sesungguhnya hanya kepada allah kita memohon perlindungan.
   * segala yang baik datangnya dari Allah, dan jika ada kesilapan penulisan itu adalah kesilapan saya .
oleh itu saya minta maaf dan tegurlah saya jika ada kesilapan di dalam penulisan saya ini. *       

KONGSI RESEPI ~ KACANG POOL

KACANG POOL

BAHAN-BAHAN ;

1) MINYAK
2) DAGING CINCANG 
3) JINTAN MANIS  -1 SUDU-
4) JINTAN PUTIH  -1 SUDU-
5) LADA HITAM  -1 SUDU-
6) SERBUK CILI  -2 SUDU-
7) REMPAH KARI DAGING  -1 SUDU-
8) KACANG PANGGANG -DALAM TIN-
9) BAWANG BESAR -DIHIRIS DADU-
10) LADA BESAR -DIHIRIS NIPIS-
11) AIR
12) GARAM


PENYEDIAAN ;

1) PANASKAN MINYAK.GORENG DAGING CINCANG YG SUDAH DIBASUH TADI HINGGA MASAK GARING.
2) MASUKKAN JINTAN MANIS DAN JINTAN PUTIH
3) PERLAHANKAN API ,KEMUDIAN MASUKKAN REMPAH KARI DAGING , LADA HITAM DAN SERBUK CILI.
4) TAMBAHKAN SEDIKIT AIR.KACAU HINGGA SEBATI
5) MASUKKAN GARAM.
6) MASUKKAN KACANG PANGGANG BERSAMA  SOSNYA.
7) KACAU PERLAHAN HINGGA SEBATI.
8) TABURKAN BAWANG BESAR DAN KACAU SEBENTAR.
9) ANGKAT KACANG POOL YANG  TELAH DIMASAK TADI KE DALAM BEKAS.
10) TABURKAN LADA BESAR YANG TELAH DIHIRIS NIPIS KE ATAS KACANG POOL TADI.
11) SEDAP DIMAKAN BERSAMA ROTI.


* PASTI ENAK & SELAMAT MENCUBA *

ARNAB PELIHARAAN KU........




































INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI ARNAB-ARNAB AKU.COMEL TAK?.GERAM TAK TENGOK?..NANTI AKU MASUKKAN LAGI SEBAHAGIAN YANG LAIN..INSYAALLAH...TUNGGUUUUUUUUUUU....