"SELAMAT DATANG KE HALAMAN selamanya kasih"

*_* TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DAN MELAWAT KE BLOG SAYA (selamanya kasih ) WALAU CUMA SEBENTAR *_*

Isnin, 23 Mei 2011

MENCARI KEDAMAIAN DI DUNIA

                                                                 Assalamualaikum .....
    Dalam lautan kehidupan dunia yang kian hari kian bergelora ini,kedamaian dan ketenangan itu bagaikan sesuatu yang tidak wujud lagi.Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita dan kejadian-kejadian cemas,membimbangkan dan menakutkan.Jenayah berleluasa , penculikan , peperangan dan huru hara berlaku di segenap pelusuk dunia. Bencana alam yg tidak terlintas dikotak fikiran amat menakutkan disetiap jiwa kerdil manusia, masalah ekonomi terus melanda di atas bumi Allah ini..Keadaan ini seolah-olahnya mengambarkan bahawa dunia ini tidak lagi tenteram dan selamat untuk di diami...
    Jadi, dimanakah perlindungan dan kedamaian yang perlu kita cari dan nikmati ?...
Ketahuilah bahawa kedamaian hati dan ketenteraman jiwa boleh kita nikmati walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Allah tidak melahirkan kita ke dunia ini untuk meratapi kehidupan yang semakin hari semakin penuh tipu daya dan pancaroba.Sebaliknya,Allah S.W.T melahirkan kita ke dunia ini untuk mengecapi nikmat dan rahmatNya yang melimpah-limpah dengan tenang,aman,damai dan tenteram sepanjang hayat kita sebagai hamba Allah dan seorang muslim / mukmin. 
    Di dalam Al-quran,Allah S.W.T berjanji, kepada setiap hambanya yang selalu mengingatinya,bahawa kedamaian jiwa akan terbit dengan sendirinya dalam diri kita apabila kita sentiasa mengingati Allah.


* MORAL OF THE STORY ; kita wajib mengingati Allah dan mestilah selalu bersyukur............

KISAH BALASAN ORANG YG ZALIM

                       Doa seorang nenek tua

   Pada masa dahulu,seorang raja yg sangat zalim telah membangunkan sebuah istana dengan sangat kukuh.Lalu, datang seorang nenek tua yang sangat miskin membuat sebuah pondok berdekatan istana raja.Pada suatu hari,ketika raja yg zalim itu melihat-lihat disekeliling istananya sambil menunggang kuda,tiba-tiba ia ternampak sebuah pondok kecil.Melihat pemandangan yang tidak sedap itu,ia berkata ''siapakah yang punya pondok kecil ini ?''.. salah seorang dari pengawalnya memberitahu, ''wahai Tuanku,pondok kecil ini kepunyaan seorang perempuan miskin sebagai tempat ia berteduh.'' Kemudian raja memerintahkan supaya pondok kecil yang menganggu pandangan mata itu diruntuhkan.
   Tidak lama selepas itu, nenek tua itu pun tiba, ia melihat pondoknya telah dirobohkan.Lalu ia berkata, ''siapakah yang telah merobohkan pondok kecil ku ini ?''...seseorang telah memberitahu kepadanya,bahawa raja telah melihat pondoknya dan telah merobohkannya.Mendengar berita yang disampaikan itu,nenek tua tersebut terus menadah tangannya ke langit lalu berkata ''wahai Tuhanku,jika aku sendiri tidak dapat datang menemuiMu,dimanakah Engkau berada ?''.Mendengar pengaduan nenek tua itu,maka Allah memerintahkan kepada malaikat Jibril supaya membalikkan istana kepunyaan raja yang zalim itu dengan seluruh penghuninya, Jibril pun melaksanakan perintah tersebut.Akhirnya istana raja yang indah itu pun musnah dengan sekelip mata..


*moral of the story ; walaupon kita sebagai seorang pemimpin atau ketua, kita haruslah menghormati orang bawahan kita....

GELAGAT KETIKA BERBUKA PUASA


Anak aku masa ni baru ber umur 3 tahun.Memang tak diwajibkan berpuasa.waktu siang dia aktif sampai tak tido siang, so bila kami sibuk nak menjamu utk berbuka puasa, dia pon join gak.sambil makan dia dah tersenguk-senguk.Mata dah kejap pejam kejap celik......akhirnya dia turun dari kerusi makan terus ke sofa sambil bawak peha ayam goreng.... mula2 duduk pastu dia baring, akhirnya.................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........hehehehehe....

AINUL MARDHIAH BT MOHD SHUKRI.





AINUL MARDHIAH BT MOHD SHUKRI

Ainul Mardhiah bermaksud "Permata yang diredhai".Puteri pertamaku yang selalu membuatkan aku sentiasa bahagia dan gembira.Memang inilah perasaan yang dirasai oleh semua wanita yang bergelar emak... ibu.. mama.. ummi ...what ever lah...