"SELAMAT DATANG KE HALAMAN selamanya kasih"

*_* TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DAN MELAWAT KE BLOG SAYA (selamanya kasih ) WALAU CUMA SEBENTAR *_*

Isnin, 23 Mei 2011

MENCARI KEDAMAIAN DI DUNIA

                                                                 Assalamualaikum .....
    Dalam lautan kehidupan dunia yang kian hari kian bergelora ini,kedamaian dan ketenangan itu bagaikan sesuatu yang tidak wujud lagi.Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita dan kejadian-kejadian cemas,membimbangkan dan menakutkan.Jenayah berleluasa , penculikan , peperangan dan huru hara berlaku di segenap pelusuk dunia. Bencana alam yg tidak terlintas dikotak fikiran amat menakutkan disetiap jiwa kerdil manusia, masalah ekonomi terus melanda di atas bumi Allah ini..Keadaan ini seolah-olahnya mengambarkan bahawa dunia ini tidak lagi tenteram dan selamat untuk di diami...
    Jadi, dimanakah perlindungan dan kedamaian yang perlu kita cari dan nikmati ?...
Ketahuilah bahawa kedamaian hati dan ketenteraman jiwa boleh kita nikmati walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Allah tidak melahirkan kita ke dunia ini untuk meratapi kehidupan yang semakin hari semakin penuh tipu daya dan pancaroba.Sebaliknya,Allah S.W.T melahirkan kita ke dunia ini untuk mengecapi nikmat dan rahmatNya yang melimpah-limpah dengan tenang,aman,damai dan tenteram sepanjang hayat kita sebagai hamba Allah dan seorang muslim / mukmin. 
    Di dalam Al-quran,Allah S.W.T berjanji, kepada setiap hambanya yang selalu mengingatinya,bahawa kedamaian jiwa akan terbit dengan sendirinya dalam diri kita apabila kita sentiasa mengingati Allah.


* MORAL OF THE STORY ; kita wajib mengingati Allah dan mestilah selalu bersyukur............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan