"SELAMAT DATANG KE HALAMAN selamanya kasih"

*_* TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DAN MELAWAT KE BLOG SAYA (selamanya kasih ) WALAU CUMA SEBENTAR *_*

Ahad, 5 Jun 2011

KISAH DAN PENGAJARAN

KISAH DIALOG RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

     Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan kepada iblis supaya mengadap Rasulullah S.A.W dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh rasulullah S.A.W kepadanya.
      Maka pergilah iblis menyerupai orang tua yang cantik, bersih serta memegang tongkat bertemu dengan Rasulullah S.A.W.Apabila berada dihadapan Rasulullah S.A.W , lalu baginda Rasulullah S.A.W bertanya, ''siapakah kamu ini ? ''
      Berkata iblis, ''Aku adalah iblis "
     Tanya Rasulullah S.A.W , "sebab apa kamu ke mari ? "
     Iblis menjawab , "aku ke mari adalah atas perintah Allah yang menyuruh aku menjawab setiap pertanyaanmu kepadaku".
     Lalu Rasulullah S.A.W bertanya , "Wahai iblis,berapa banyakkah musuhmu dari umatku ?"
     Berkata iblis , "musuhku dari umatmu  ada 15 , antaranya :
1) ENGKAU SENDIRI ADALAH MUSUHKU
2) IMAM / PEMIMPIN YANG ADIL
3) ORANG KAYA YANG MERENDAHKAN  DIRI
4) PENIAGA YANG JUJUR
5) ORANG ALIM YANG MENGERJAKAN SOLAT DENGAN KHUSYUK
6) ORANG MUKMIN YANG MEMBERI NASIHAT
7) ORANG MUKMIN YANG SENTIASA BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN
8) ORANG YANG SEGERA BERTAUBAT
9) ORANG YANG MENJAUHKAN DIRI DARI APA-APA YANG TELAH DIHARAMKAN
10) ORANG MUKMIN YANG SELALU DALAM KEADAAN SUCI
11) ORANG MUKMIN YANG SANGAT SUKA BERSEDEKAH
12) ORANG MUKMIN YANG BAIK BUDI PEKERTINYA
13) ORANG MUKMIN YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
14) ORANG MUKMIN YANG SENTIASA MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN
15) ORANG MUKMIN YANG MENGERJAKAN SOLAT DI WAKTU MALAM KETIKA ORANG         LAIN SEDANG NYENYAK TIDUR
     Rasulullah S.A.W bertanya lagi , "Wahai iblis, berapa banyakkah temanmu dari umatku?"
     Berkata iblis, "Umatmu yang menjadi temanku ada 10, antaranya :
1) HAKIM YANG TIDAK BERLAKU ADIL
2) ORANG KAYA YANG SOMBONG
3) PENIAGA YANG TIDAK JUJUR (KHIANAT)
4) PEMINUM ARAK
5) ORANG YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN
6) ORANG YANG MENGUMPULKAN  HARTA MELALUI RIBA' 
7) ORANG YANG MAKAN HARTA ANAK YATIM
8) ORANG YANG SELALU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT DAN SERING MENINGGALKAN SOLAT
9) ORANG YANG TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT
10) ORANG YANG SUKA BERANGAN-ANGAN TINGGI
     "Kesemua mereka ini adalah temanku yang paling rapat dan mereka ini menjadi teman setiaku "
     Oleh itu saudaraku sekelian , berhati-hati dengan 10 perkara yang diterangkan, kerana kemungkinan besar kalau kita silap langkah kita juga akan menjadi teman iblis laknat ini.
     Allah memberi kita kekuatan melalui solat wajib , solat sunat dan doa.sesungguhnya hanya kepada allah kita memohon perlindungan.
   * segala yang baik datangnya dari Allah, dan jika ada kesilapan penulisan itu adalah kesilapan saya .
oleh itu saya minta maaf dan tegurlah saya jika ada kesilapan di dalam penulisan saya ini. *       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan